Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita
melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada
dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang
padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian
Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu
melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu
meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam
untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama
ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut
sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia
bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak
mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan
pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup
segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap
bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu
daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang
cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan
hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk
meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi
perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang
tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri
kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati
hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita
yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah
melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah
yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya
yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi
wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih
yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah
mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam
untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak
mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan
orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas
dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
No comments:
Post a Comment