Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik
yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan
dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya
akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous
Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di
rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia
akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga
sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam
tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis
chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada
skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali
lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian :
Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala
dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH
2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori
tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi
dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis :
bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk
mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab
hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk
mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!
10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba
try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

No comments:
Post a Comment